2025-03-12 IDOPRESS

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,11 Mac - Kompaun RM250,000 dikenakan terhadap Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd adalah dengan izin Timbalan Pendakwa Raya berpandukan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang berkuat kuasa 11 Februari lepas.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi ciapan di laman X berkata,pindaan Akta 588 itu antara lain memperuntukkan denda maksimum RM500,000.
"Bukan Era FM (yang dikompaun),tapi Maestra Broadcast Network Systems (MBNS) Sdn Bhd iaitu pemegang lesen (yang dikeluarkan oleh) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang dikompaun.
"MBNS bukan individu tapi sebuah anak syarikat milik Astro yang punyai keuntungan substantif," katanya.
Beliau membalas ciapan pengguna akaun laman X dikenali @Solisidtor yang inginkan kepastian mengapa pelawak Harith Iskander dan seorang wanita Cecelia Yap dikompaun RM10,000 gara-gara memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama walhal Era FM dikompaun RM250,000.
Fahmi menjelaskan kompaun RM10,000 dikenakan terhadap Harith dan Cecelia antara lain kerana kesalahan berlaku sebelum pindaan akta pada 11 Februari,iaitu denda maksimum RM50,000 jika disabit kesalahan.
Terdahulu,MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd namun pengendali stesen radio Era FM itu dikenakan kompaun RM250,000.
Kompaun itu dikeluarkan selepas menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara,adalah bagi kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan dan berkuat kuasa mulai 11 Feb 2025) iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur