2025-03-12 IDOPRESS

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah/Foto Facebook Rasmi
KUALA LUMPUR,12 Mac - Sistem Saringan Awal Penumpang (APS) akan mula digunakan sepenuhnya pada Disember ini,kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata,pelaksanaan itu sebagai langkah penambahbaikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengawal keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini.
"Melalui sistem ini,penumpang akan disaring seawal 72 jam sebelum berlepas ke Malaysia untuk memastikan hanya pengembara tulen sahaja yang akan dibenarkan masuk ke dalam negara," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Azahar Hassan di Dewan Negara hari ini.
Selain itu,bermula Januari tahun depan,KDN akan mewajibkan semua pelawat yang ingin keluar dari Malaysia menggunakan sistem pemeriksaan imigresen secara elektronik di balai pelepasan.
Usaha itu sebagai sebahagian daripada usaha memperketat kawalan keselamatan di pintu masuk dan keluar negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur