2025-03-13 HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir / Foto RTM
KUALA LUMPUR,13 Mac – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sehingga kini tidak menerima sebarang aduan berhubung pengurniaan ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara tidak sah oleh mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata perkara itu dibuktikan menerusi pangkalan data IPT yang dikemukakan kepada KPT setiap suku tahun bagi tujuan pengumpulan data pelajar.
"KPT sendiri telah membangunkan satu sistem carian maklumat penerima ijazah kehormat dan ijazah kedoktoran dari universiti awam serta swasta di portal rasmi.
"Sistem ini sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa,di mana data hanya dimasukkan selepas mendapat kelulusan daripada Senat universiti. Ia juga boleh dijadikan rujukan bagi mana-mana pihak untuk membuat carian," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara,hari ini.
Menurut beliau,KPT turut melaksanakan pemantauan dan kawal selia menerusi pemeriksaan berkala selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Tinggi 1996 (Akta 555).
Selain itu,kerjasama strategik turut dijalinkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM),Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan ketelusan serta integriti dalam pengurniaan ijazah di IPT tempatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur