2025-03-13 HaiPress

Padang Stadium Perak akan dinaik taraf membabitkan penukaran rumput dan paip subsoil / RTM
IPOH,13 Mac- Kerja-kerja menaik taraf padang Stadium Perak dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.
Exco Pendidikan,Pengajian Tinggi,Belia dan Sukan Negeri,Khairudin Abu Hanipah,memaklumkan ketika ini,proses lantikan kontraktor berkelayakan sedang giat dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Selain penukaran rumput dan paip subsoil,Khairudin turut mendedahkan bahawa MBI mengenal pasti keperluan untuk skop kerja tambahan bagi memastikan naik taraf padang berjalan lancar dan memenuhi piawaian terbaik.
“Hasil daripada sesi lawatan kerja ke Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu dan perkongsian maklumat bersama Perbadanan Stadium Darul Makmur,Pahang,pihak MBI mendapati sistem saliran sedia ada di Stadium Perak perlu dinaik taraf.
"Longkang sedia ada terlalu kecil dan tidak mampu menampung aliran air,jadi kita akan memperbesarkan sistem saliran bagi mengelakkan masalah air bertakung,” jelasnya.
Khairudin berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu slot Eksklusif@Perakfm.
Beliau turut memaklumkan bahawa kos tambahan bagi kerja-kerja naik taraf akan ditanggung oleh MBI setelah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.
Sebelum ini,peruntukan awal berjumlah RM500,000 bagi tujuan penukaran rumput dan paip subsoil diperoleh melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur