2025-03-13 HaiPress

FOTO JPJ MELAKA
MELAKA,13 Mac- Sebanyak 38 kenderaan didapati membawa lebih muatan daripada keseluruhan 39 kenderaan yang diarah periksa dalam Operasi Khas Pengarah Lebih Muatan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam satu kenyataan menjelaskan,perintah untuk ditimbang dibuat mengikut Seksyen 63 (1) APJ 1987 dan Seksyen 82 (1) APAD 2010.
Operasi dijalankan di sekitar Bandaraya Melaka,berakhir 9 pagi tadi.
Jelas kenyataan itu lagi,sebuah kenderaan yang gagal hadir untuk penimbangan akan diberi notis mengikut Seksyen 63 (1) APJ 1987.
Dalam operasi itu,JPJ Melaka turut menyita sebuah kenderaan persendirian jenis atas kesalahan LKM tamat tempoh.
Secara keseluruhan,174 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang Operasi Khas Pengarah Lebih Muatan dan 128 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
JPJ Melaka turut menggesa pihak syarikat,pemilik dan pemandu kenderaan perkhidmatan barangan (KPB) untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Ia termasuk meningkatkan lagi tahap kawalselia keselamatan operasi kenderaan komersial bagi memastikan ekosistem jalan raya sentiasa selamat untuk pengguna jalan raya yang lain.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur