2025-03-13 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig diluluskan secepat mungkin bagi meningkatkan liputan perlindungan sosial dalam kalangan penggiat gig di negara ini.
Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong berkata pekerja gig di Malaysia bakal menerima perlindungan lebih menyeluruh apabila RUU itu diluluskan selepas dijangka dibentangkan di Parlimen,Jun ini.
"Untuk makluman,tahun lalu di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri,hampir satu juta pencarum dilindungi. Daripada jumlah itu,kira-kira 12 hingga 13 peratus merupakan mereka yang bekerja dalam sektor pengangkutan barangan dan makanan,termasuk e-hailing.
"Pada tahun yang sama,sebanyak 4,758 kes tuntutan direkodkan bagi skim ini,dengan pembayaran faedah mencecah RM24.2 juta. Sementara itu,bagi sektor pengangkutan barangan dan makanan,terdapat 1,535 kes tuntutan dengan jumlah pembayaran faedah hampir RM9 juta," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Foodpanda dan PERKESO di ibu negara.
Dalam pada itu,Steven turut memaklumkan liputan perlindungan sosial dalam kalangan penggiat gig masih rendah,iaitu sekitar 26 peratus,berbanding 1.16 juta individu yang bekerja dalam sektor tersebut di seluruh negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur