2025-03-13 HaiPress

3500 bekas bubur lambuk diagihkan dalam Program Mawaddah Rahmah Ramadan
PUTRAJAYA,13 Mac-Sebanyak 3,500 bekas bubur lambuk dimasak dan diagihkan dalam Program Mawaddah Rahmah Ramadan yang bertemakan "Semangkuk Bubur Sejuta Ukhwah" anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di Putrajaya.
Selain itu,150 bakul Ramadan berisi barangan keperluan asas turut disumbangkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban sepanjang Ramadan.
Presiden ANGKASA,Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata,program tahun ini merupakan edisi keempat sejak diperkenalkan pada 2022.
“Usaha ini bukan sahaja untuk mempromosikan ANGKASA dan gerakan koperasi,tetapi juga untuk membuktikan bahawa koperasi bukan sekadar entiti perniagaan,malah turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.
Menurut Datuk Seri Dr Abdul Fattah,usaha ini juga diperluas ke agensi lain serta rakan-rakan media di seluruh negara,dengan menghantar Bakul Ramadan kepada petugas media yang memerlukan.
Program ini turut mendapat sokongan daripada rakan strategik,termasuk Adabi,yang menyumbang bahan-bahan masakan bagi menjayakan penyediaan bubur lambuk.
“Kami berharap sumbangan ini dapat menceriakan penerima serta membantu mereka menjalani ibadah Ramadan dengan lebih tenang dan fokus,” tambahnya.
Program ini dijangka diteruskan dan diperluas pada masa hadapan dengan lebih banyak penyertaan daripada pelbagai agensi serta pihak berkepentingan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur