2025-03-13 HaiPress

Pengarah JKKP Negeri Sembilan,Ir. Dr. Nor Halim Hassan
REMBAU,13 Mac- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Sembilan mempamerkan komitmen sosialnya menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersempena bulan Ramadan.
Pengarah JKKP Negeri Sembilan,Ir. Dr. Nor Halim Hassan,berkata Program Bubur Lambuk bertemakan “Semangat Muhibbah Ramadan: Bersama Rakyat Dalam Program Kacau Bubur Lambuk” bukan sahaja mengeratkan hubungan dengan komuniti,tetapi juga menjadi platform untuk memupuk kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"Melalui program ini,bukan sahaja warga kerja JKKP terlibat,tetapi juga masyarakat setempat. Ini memberi peluang kepada kami untuk menyampaikan prinsip keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara langsung kepada orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan simbolik penyerahan bubur lambuk di Rembau.
Sebanyak 1,300 bekas bubur lambuk diedarkan kepada kakitangan terlibat serta penduduk sekitar Taman Sedia Raja,Chembong,Rembau.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah dan Tanah Rembau serta Pusat Anak Permata Negara Chembong.
Selain menyediakan juadah berbuka puasa kepada golongan memerlukan,program tersebut turut menyemarakkan semangat gotong-royong dan memperkukuh ikatan silaturahim dalam kalangan penduduk,sekali gus mengimarahkan bulan Ramadan melalui aktiviti komuniti yang bermanfaat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur