2025-03-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM12.90 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.97 bilion dalam sistem Islam.
Hari ini,bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik,yang terdiri daripada tender RM3.5 bilion bagi tujuh hari,tender RM2.5 bilion untuk 32 hari dan tender RM1.0 bilion bagi 92 hari.
BNM juga melaksanakan tender repo berbalik semalaman RM9.0 bilion untuk satu hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balikk,serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan,dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM28.9 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM23.0 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur