2025-03-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 Mac- Maybank Investment Bank menganggarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia tumbuh perlahan pada kadar 3.9 peratus Januari lalu,berbanding bulan sebelumnya.
Bagaimanapun,prestasi perdagangan runcit yang baik memberi isyarat perbelanjaan pengguna kekal kukuh dengan unjuran pertumbuhan sekitar 5.8 peratus.
Bank pelaburan itu menerusi anggaran KDNK bulanannya menjelaskan,peningkatan itu didorong kadar pengangguran yang rendah dan inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat bawah Belanjawan 2025.
Ini termasuk kenaikan gaji sektor awam bermula Disember 2024,serta pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 mulai bulan lepas
Selain itu,bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah turut meningkat kepada RM13 bilion tahun ini,berbanding RM10.3 bilion pada 2024.
Pada masa sama,pertumbuhan dua angka bagi import barangan modal dan peningkatan pinjaman bank untuk industri dan hartanah,kekal kukuh.
Seterusnya,mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kitaran pelaburan negara.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur