2025-03-13 IDOPRESS

Steven Kong,mewakili Datuk Seri Tiong King Sing menyampaikan sumbangan beg sekolah untuk diedarkan kepada pelajar terjejas banjir
BINTULU,13 Mac- Bagi meringankan beban keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini,Ahli Parlimen Bintulu,Datuk Seri Tiong King Sing,menyumbangkan sebanyak 3,000 beg sekolah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu.
Menerusi pegawai khasnya,Steven Kong,memberitahu sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam membantu masyarakat yang memerlukan,khususnya bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran akibat bencana yang melanda.
Daripada jumlah itu,sebanyak 2,000 beg sekolah akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Bahagian Bintulu untuk diagihkan kepada pelajar yang terkesan di 22 buah sekolah rendah dan menengah yang terbabit dalam bencana itu.
Selain itu,sebanyak 500 beg sekolah masing-masing akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Tatau dan Sebauh bagi membantu pelajar yang turut terjejas.
Sumbangan tersebut diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan serta memastikan para pelajar dapat kembali ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi untuk meneruskan pembelajaran mereka.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur