2025-03-15 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto RTM
ARAU,14 Mac – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kini melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan pengeluaran lateks tempatan,sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan import.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia membelanjakan RM6 bilion setahun untuk mengimport lateks bagi memenuhi keperluan industri negara.
“Apa yang dilakukan oleh RISDA sekarang adalah memperbanyakkan pengeluaran lateks bagi menggantikan import yang sebahagian besarnya datang dari negara jiran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sentuhan Kasih Ramadan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau,di sini.
Pada majlis berkenaan,RISDA turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.7 juta untuk program pembangunan di Perlis tahun ini dalam usaha memperkasakan pekebun kecil.
Dalam perkembangan lain,Ahmad Zahid berkata,RISDA turut mengambil langkah baharu dengan memanfaatkan kayu getah lama sebagai bahan utama dalam industri perabot.
Menurut beliau,kayu yang telah dirawat itu bukan sahaja boleh digunakan dalam pembuatan perabot tempatan,malah berpotensi dieksport,sekali gus menjana pendapatan tinggi kepada negara.
“Oleh kerana kita mempunyai 400,000 hektar kebun kecil yang perlu ditanam semula,RISDA akan menebang kira-kira 40,000 hektar pokok getah tua setiap tahun.
"Kayu-kayu ini apabila diproses dan dijual berpotensi menjana pendapatan sekitar RM9 bilion setahun,” katanya.
Sehubungan itu,beliau menyeru pekebun kecil di seluruh negara agar menyokong usaha RISDA dalam memperkasa industri getah negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur