2025-03-15 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM
BAGAN SERAI,14 Mac – Projek Pemindahan Air dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah bagi menyalurkan bekalan air ke Daerah Kerian dan Pulau Pinang kini berada di peringkat akhir perancangan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu akan melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu (KIGIP) di Kerian dan turut menyalurkan bekalan air ke Seberang Perai,Nibong Tebal serta Sungai Bakap.
Beliau menjelaskan projek itu dijangka menyelesaikan masalah bekalan air bersih dalam jangka panjang di kawasan yang terlibat.
“Kita baik pulih dan tambah keupayaan Sungai Perak,kemudian buat saliran terus ke Bukit Merah dan seterusnya ke Kerian. Ini akan menjadi bekalan utama bukan sahaja untuk kawasan pembangunan baharu seperti KIGIP tetapi juga untuk seluruh daerah ini hingga ke Seberang Perai,Sungai Bakap dan Cherok Tok Kun,sekali gus memberi manfaat kepada Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Sekolah Dato’ Alauddin,Selinsing,di sini.
Turut hadir,Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri.
Pada Jun tahun lalu,kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4 bilion bagi pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di daerah Kerian.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur