2025-03-15 HaiPress

Program Jelajah Ramadan @ MutiaraFM edisi ke-13 terus menekankan aspek keharmonian dan kesepaduan kaum dengan menyantuni golongan asnaf pelbagai bangsa / Foto RTM
BUTTERWORTH,14 Mac – Program Jelajah Ramadan @ MutiaraFM edisi ke-13 terus menekankan aspek keharmonian dan kesepaduan kaum dengan menyantuni golongan asnaf pelbagai bangsa.
Menerusinya,seramai 43 asnaf pelbagai bangsa menerima sumbangan wang tunai dan bantuan makanan.
Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang,Ts. Nor Hisham Abbas berkata pendekatan itu selari dengan dasar Malaysia Madani yang menitikberatkan perpaduan dalam masyarakat majmuk.
“Pendekatan ini bersesuaian dengan dasar Kerajaan Madani yang menekankan perpaduan tanpa mengira kaum bagi memastikan keharmonian dalam masyarakat.
“Malah,program ini juga menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara masyarakat serta mempromosikan jenama RTM agar terus kekal di hati rakyat Malaysia,” katanyadalam Program Kongsi Rezeki Jelajah Ramadan @ MutiaraFM yang diadakan di Bazar Ramadan Butterworth,di sini.
Turut hadir,Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang,Jumaahtun Abdul Ghani dan Pengerusi Penang Port Sdn Bhd,Datuk Seri Syed Mohamad Syed Murtaza selaku rakan penaja negeri.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur