2025-03-15 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,14 Mac – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dunia kini mengalami perubahan pesat,menyebabkan norma antarabangsa berasaskan kaedah lama menghadapi cabaran baharu.
Beliau menyatakan pendirian itu menerusi buletin Project Syndicate yang berpangkalan di New York,Amerika Syarikat.
Menurutnya,meskipun beberapa norma perlu diperbaharui,ada juga yang wajar dikekalkan bagi memastikan keamanan dan kemakmuran global terus terpelihara.
“Politik pasca-kebenaran merosakkan kepercayaan dan demokrasi,manakala persaingan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China meningkatkan ketegangan global serta memberi kesan kepada negara kecil,” katanya.
Malaysia,katanya,komited bersama ASEAN dalam melindungi kepentingan nasional,memperkukuh hubungan dengan kuasa besar serta meningkatkan kerjasama serantau.
Selain itu,Malaysia turut memberi tumpuan kepada membina ketahanan ekonomi menerusi diplomasi pintar,selain memajukan sektor semikonduktor dan tenaga boleh diperbaharui agar kekal berdaya saing di peringkat global.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur