2025-03-15 HaiPress

Kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Dungun
DUNGUN,15 Mac- Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di sini petang semalam.
Nahas dikatakan berlaku di jalan Durian Mentangau ke Citrus Valley berhampiran Kampung Durian Mentangau kira-kira pukul 7.22 petang.
Dalam kemalangan itu mangsa,Muhammad Syamiel Haiqal Ramli berusia 26 tahun,maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.
Sementara itu rakan mangsa Ahmad Daniel Ikhwan Mohd,berumur 23 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.
Ketua Polis Daerah Dungun,Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kemalangan itu.
Menurut Superintenden Maizura,ketika kejadian mangsa dan rakannya itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Dungun menuju ke Kampung Durian Mentangau.
Sejurus tiba di lokasi kejadian,motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggang mangsa dikatakan telah bergesel dengan motosikal rakannya itu sebelum hilang kawalan lalu melanggar bahagian kiri sebuah kereta Perodua Alza di laluan sama.
Akibat kemalangan itu,kedua-dua mangsa tercampak ke bahu kiri jalan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sejurus selepas kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun manakala rakannya yang parah dibawa ke Unit Kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.
Kes akan disiasat bawah seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur