2025-03-15 HaiPress

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KULIM,15 Mac - Jabatan Imigresen (JIM) dalam proses untuk melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,jabatan berkenaan sedang mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan pendekatan kompaun kepada pendatang tanpa izin berbanding pendakwaan.
“Jadi ini alternatif yang kita ambil supaya mereka (pendatang tanpa izin) mendapat pilihan yang lebih manusiawi,mereka boleh balik (ke negara asal) untuk sambut Aidilfitri.
“Mereka bayar kompaun dan kita hantar balik. Jadi sekarang ini program semasa akan tamat pada 31 Mac,kita ke arah melanjutkannya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Kampung Permatang Tok Dik di sini,malam tadi.
Saifuddin Nasution berkata di bawah program itu,warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen hanya perlu tampilkan diri dan membayar kompaun sebelum dihantar pulang.
“Kalau mereka berada di sini,kalau pasukan penguat kuasa imigresen buat operasi,mereka ditangkap dan akan berakhir di depoh… masuk tanpa dokumen,salah guna pas lawatan dan tinggal lebih masa semuanya kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.
Beliau berkata tahun lepas,kerajaan berjaya mengutip bayaran kompaun sebanyak RM120 juta melalui Program Repatriasi Migran. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur