2025-03-15 HaiPress

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),Antonio Guterres / REUTERS
NEW YORK,15 Mac- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),Antonio Guterres,menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kebencian terhadap umat Islam di seluruh dunia dan menggesa platform teknologi dalam talian untuk membendung ucapan kebencian serta gangguan siber.
Kenyataan video Guterres itu dibuat menjelang Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia.
“Kita sedang menyaksikan peningkatan membimbangkan dalam kebencian terhadap umat Islam daripada profil perkauman dan dasar diskriminasi yang melanggar hak asasi manusia serta maruah,sehinggalah kepada keganasan secara terang-terangan terhadap individu dan tempat ibadah,” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana negara atau kerajaan tertentu.
Beliau turut menegaskan kepentingan platform dalam talian bertanggungjawab mengawal ucapan kebencian,sambil menyeru semua pihak bersuara menentang sikap fanatik,xenofobia,dan diskriminasi.
Kebimbangan itu semakin memuncak susulan peningkatan sentimen Islamofobia,bias anti-Arab dan antisemitisme selepas serangan tentera Israel ke atas Gaza yang tercetus sejak Oktober 2023.
Aktivis pro-Palestin di beberapa negara Barat,termasuk Amerika Syarikat,turut menyuarakan keresahan apabila sokongan mereka terhadap hak rakyat Palestin sering dilabelkan secara salah sebagai sokongan kepada Hamas oleh pengkritik.
Baru-baru ini,badan pemantau hak asasi manusia melaporkan insiden kebencian dan ucapan berbaur anti-Muslim mencapai tahap tertinggi di beberapa negara seperti United Kingdom,Amerika Syarikat,dan India.
Bagaimanapun,kerajaan negara terbabit menegaskan komitmen mereka untuk memerangi segala bentuk diskriminasi.-REUTERS
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur