2025-03-15 HaiPress

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah kewangan dalam kalangan belia / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,14 Mac – Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah kewangan dalam kalangan belia.
Penolong Pengetua & Ilmuan di Kolej Al-Ameen,Perth,Australia,Syakh Yahya Ibrahim berpandangan faktor itu menyebabkan golongan muda terjebak dalam trend perbelanjaan berlebihan,termasuk pembelian impulsif tanpa mempertimbangkan keperluan sebenar.
Menurut beliau,keperluan untuk menampilkan imej gaya hidup mewah di media sosial turut menjadi penyumbang kepada perbelanjaan di luar kemampuan.
“Ketakutan untuk ketinggalan banyak dipengaruhi oleh gambaran dalam media sosial. Keinginan untuk hidup di luar kemampuan sebenar adalah satu fenomena sosial yang mana media juga perlu memikul tanggungjawab.
“Pemikiran seperti ini memerlukan penambahbaikan dan ia adalah sesuatu yang kita semua boleh usahakan bersama untuk diperbaiki,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pendidikan Islam anjuran CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad,di ibu negara.
Dalam pada itu,beliau turut menyarankan pihak berkaitan agar mengawal akses mudah kepada kredit dalam kalangan belia,termasuk kad kredit dan pinjaman peribadi,bagi mengelakkan mereka menanggung beban hutang pada usia muda.
Semalam,Menteri Belia dan Sukan,Hannah Yeoh mendedahkan bahawa sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur