2025-03-15 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 Mac- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi yang mendorong sebahagian pelabur beralih kepada aset selamat.
Pada 8 pagi,ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen mengelak risiko kekal ketara dengan ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan penurunan.
Katanya indeks petunjuk pasaran merosot lebih satu peratus manakala harga bon Perbendaharaan AS meningkat,menunjukkan peniaga dan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat di sebalik situasi tidak menentu daripada perang perdagangan.
“Sehubungan itu,Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.22 peratus kepada 103.841,didorong oleh ketidaktentuan yang ketara terhadap prospek pertumbuhan global pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS mencatatkan kadar yang lebih rendah daripada jangkaan pada 3.2 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.3 peratus.
Katanya ini membuka ruang kepada Rizab Persekutuan (Fed) untuk memberi petunjuk terhadap pendekatan dasar monetari yang berhati-hati minggu depan apabila ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bersidang pada 19 Mac.
“Oleh itu,ringgit dijangka kekal rendah dalam masa terdekat berikutan peserta pasaran beralih kepada mata wang selamat,terutamanya dolar AS.
“Jangkaan pelonggaran dasar monetari oleh Fed dan kemungkinan kemelesetan ekonomi AS yang meningkat boleh mengekalkan sentimen berhati-hati,yang boleh memberi kelebihan kepada dolar dalam tempoh terdekat,” katanya.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.8094/8235 daripada 4.8205/8276 semalam dan naik berbanding pound kepada 5.7399/7568 daripada 5.7426/7510. Bagaimanapun,mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9949/3.0041 daripada 2.9909/9953.
Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3169/3271 daripada 3.3198/3250 sebelum ini,bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1495/1944 daripada 13.1199/1443.
Ringgit turut rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 269.7/270.6 daripada 269.7/270.2 dan sedikit berubah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.75 daripada 7.72/7.74. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur