2025-03-15 HaiPress

Foto Hiasan / Fail
KUALA LUMPUR,14 Mac – Suntikan modal baharu sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB) oleh kerajaan merupakan langkah penting bagi memastikan kelangsungan rantaian nilai industri minyak dan gas tempatan.
Pengarah Urusan Petrolanpan Sdn. Bhd.,Sharil Supi berkata langkah tersebut memberi kelegaan kepada kira-kira 2,000 vendor yang menjadi nadi operasi syarikat berkenaan.
Sebagai pembekal perkhidmatan penyewaan kapal kepada SEB,beliau melihat inisiatif kerajaan sebagai usaha positif yang membolehkan vendor terus bertahan dengan aliran tunai lebih stabil.
“Ia akan meningkatkan tahap keyakinan pembekal seperti kami serta pihak klien Sapura. Ini juga akan memastikan pembayaran kepada subvendor bagi projek berkaitan terus berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi RTM.
Beliau turut menyokong usaha penstrukturan semula SEB yang berpotensi mengukuhkan kedudukan syarikat serta membuka peluang baharu kepada syarikat pembekal.
“Penstrukturan ini membolehkan Sapura meneruskan operasi seperti biasa,sekali gus memberi peluang kepada vendor mengembangkan perniagaan,bukan sahaja dalam negara,malah ke pasaran antarabangsa menerusi operasi Sapura di luar negara,” tambahnya.
Semalam,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa penstrukturan semula SEB telah mendapat kelulusan pemiutang serta melalui proses mahkamah.
Beliau turut menegaskan suntikan modal kerajaan bukanlah geran,sebaliknya pelaburan bagi memulihkan ekosistem minyak dan gas yang strategik untuk ekonomi negara.
MIIEx 2026 terima lebih 900 penyertaan inovasi tempatan dan antarabangsa
TAGS selesai 80 kes dalam tempoh 60 hari – Nancy
J-KOM 4.0 tingkat kecekapan salur suara rakyat
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei, ganggu ketenteraman di Kementerian Komunikasi
J-KOM jadi saluran komunikasi kerajaan, pastikan keresahan rakyat diberi perhatian
Urusan pentadbiran Kerajaan Johor beroperasi seperti biasa – YDP Agong
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur