2025-03-15 IDOPRESS

Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Tiong King Sing menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia,Dato’ Indera Hermono di ibu pejabatnya hari ini/Foto Facebook Tiong King Sing
KUALA LUMPUR,14 Mac - Malaysia dan Indonesia terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan memperluaskan kerjasama dalam bidang budaya,warisan,dan pelancongan.
Ini bagi memastikan kelestarian warisan bersama serta pembangunan industri pelancongan yang mampan.
Menteri Pelancongan,Tiong King Sing,berkata perbincangan bersama Duta Besar Republik Indonesia,Dato’ Indera Hermono,menekankan kepentingan pemeliharaan warisan budaya bersama,termasuk kejayaan inskripsi Kebaya sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) UNESCO secara multinasional.
"Malaysia juga mengalu-alukan usaha memperkukuh pengiktirafan seni Mak Yong serta mencadangkan penyertaan dalam inskripsi Gamelan UNESCO yang telah diiktiraf di Indonesia. Usaha ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memastikan warisan budaya terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Tambah beliau,selain budaya dan warisan,kedua-dua negara turut meneroka peluang kerjasama dalam sektor ekopelancongan dan pelancongan kesejahteraan.
"Indonesia telah menunjukkan kejayaan dalam pembangunan pelancongan mampan,dan Malaysia berhasrat untuk mempelajari serta menerapkan amalan terbaik dalam industri pelancongan kita.
"Dalam aspek pelancongan kesihatan,kami melihat potensi besar untuk memperkayakan industri ini dengan memanfaatkan keunikan herba tradisional dan rawatan holistik yang diiktiraf secara global.
Tiong menegaskan bahawa pengiktirafan UNESCO bukan sekadar soal pemilikan eksklusif tetapi satu bentuk penghormatan terhadap budaya yang dikongsi bersama di rantau ini.
"Hubungan budaya yang kukuh antara Malaysia dan Indonesia bukan hanya sekadar sejarah,tetapi juga tanggungjawab bersama untuk memastikan warisan ini terus dipelihara.
"Kerjasama erat amat penting dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan warisan budaya," katanya.
Beliau yakin pertemuan ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dan mengukuhkan diplomasi budaya antara Malaysia dan Indonesia,sekali gus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Classic Never Fades. iCAUR Unveils New Brand Vision
Innovation·Defining the Future: JETOUR JMA Global Media Alliance Tech Tour Kicks Off
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur