2025-03-15 IDOPRESS
Foto hiasan
IPOH,15 Mac- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak pernah dan tidak akan mengeluarkan arahan terhadap larangan penggunaan pembesar suara luar untuk melaungkan azan di masjid dan surau.
JAIPk dalam satu kenyataan memaklumkan ia berikutan dakwaan seorang individu yang mendakwa larangan tersebut.
Bagaimanapun jabatan berkenaan tertakluk kepada Garis Panduan Penggunaan Pembesar Suara Untuk Azan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri.
"Setelah meneliti keterangan dan menimbang secara saksama dengan mengambil kira maslahah dan mafsadah terhadap ummah khasnya dalam Negeri Perak.
"Jawatankuasa Fatwa Negeri memperakukan bahawa Azan dan Iqamah diharuskan menggunakan pembesar suara di bahagian dalam dan luar masjiduntuk memaklumkan waktu masuk solat dan mendirikan solat," menurut kenyataan itu.
Perakuan berkenaan bagi memelihara syariat,meninggikan syiar Islam dan menghayati amalan sunah berjemaah.
Dalam pada itu masyarakat dinasihatkan supaya merujuk kepada Jawatankuasa masjid dan surau,Pejabat Agama Islam Daerah dan Jabatan Agama Islam Perak bagi mendapatkan penjelasan ataupun maklumat sebenar berkaitan masjid dan surau serta perkara berkaitan masyarakat di kalangan Umat Islam di negeri itu.
Khamis lalu,seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R (agama,raja dan kaum) yang menyentuh sensitiviti agama.
Kandungan berkenaan dipercayai dimuat naik menerusi laman aplikasi Facebook miliknya pada 9 Mac lalu yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak dibenarkan ketika ini.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, dipengaruhi konflik Asia Barat
Prestasi perdagangan Malaysia tunjuk momentum positif, meningkat 2.6 peratus
Pengilang Bumiputera diseru bersedia hadapi transformasi baharu global
Pelancongan domestik catat perbelanjaan RM29.4 bilion suku pertama 2025
AEC 2025: Penyelarasan cukai, zon ekonomi rentas sempadan perlu diperkasa
Bursa Malaysia catat penyusutan, faktor ketiadaan pemangkin baharu
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur