2025-03-15 IDOPRESS

Kira-kira 1,000 pekerja kilang ke lokasi kejadian dan berkumpul hingga menghalang lalu lintas
TELUK INTAN,15 Mac- 13 warga Nepal ditahan kerana cuba mencetuskan rusuhan di Batu 8 Jalan Changkat Jong di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Dr Bakri Zainal Abidin berkata sebelum kejadian pihaknya pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan maut langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki warga Nepalpada pukul 9.35 malam.
Menerusi siasatan kira-kira 1,000 pekerja kilang telah ke tempat kejadian dan berkumpul hingga menghalang lalu lintas.
Kemalangan melibatkan kes langgar lari seorang warga Nepal dan disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
Namun pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan telah digerakkan bagi menenangkan dan mengawal kejadian.
Keadaan pulih sepenuhnya pada pukul 2.00 pagi dan semua pekerja warga Nepal telah kembali ke asrama mereka.
Kesemua yang ditahan disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan maut ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Inspektor Mohammad Syamil di talian 011-10065817.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur