2025-03-15 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 Mac- Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak,kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh ringgit lebih kukuh berbanding dolar US dalam persekitaran ancaman tarif baharu daripada Amerika Syarikat (AS) yang meningkatkan ketegangan perdagangan global dan kebimbangan terhadap kemelesetan AS.
Bagaimanapun,kerugian selanjutnya dihadkan oleh keyakinan dengan jangkaan bahawa lebih banyak rangsangan ekonomi akan berlaku di China dan inflasi pengguna AS yang lebih stabil daripada unjuran pada Februari 2025 iaitu pada 2.8 peratus tahun ke tahun.
Angka inflasi itu adalah kenaikan kecil sejak Oktober,memberikan sedikit kelegaan kerana pengguna dan perniagaan bimbang mengenai kesan tarif yang mungkin memberi kesan terhadap inflasi.
Penggiat pasaran juga dilihat bertindak balas terhadap pengurangan pengeluaran getah asli seperti dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
DoSM melaporkan bahawa pengeluaran getah asli Malaysia merosot sebanyak 20.8 peratus pada Januari 2025 (30,342 tan) berbanding Disember 2024 (38,299 tan).
Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia (MRB) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 10.5 sen kepada 873.00 sen bagi setiap kilogram,manakala susu getah pukal susut 2.5 sen kepada 696.50 sen bagi setiap kilogram.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur