2025-03-15 IDOPRESS
Forest City bersedia menjadi hab pengangkutan utama bagi Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan menaik taraf infrastruktur jalan serta merancang rangkaian rel baharu / Foto Hiasan
ISKANDAR PUTERI,14 Mac – Forest City bersedia menjadi hab pengangkutan utama bagi Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan menaik taraf infrastruktur jalan serta merancang rangkaian rel baharu.
Langkah itu dijangka meningkatkan kesalinghubungan dan menarik lebih banyak pelaburan ke wilayah tersebut.
Sejak 2023,kerjasama antara Forest City dan Causeway Link telah memperkenalkan laluan bas baharu yang menghubungkan kawasan itu dengan Kompleks Kastam,Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB),sekali gus memudahkan pergerakan penduduk kedua-dua negara yang berulang-alik setiap hari.
Timbalan Presiden Country Garden Pacificview Sdn. Bhd.,Ir. Syarul Izam Sarifudin berkata Forest City turut terbuka untuk menyertai projek pengangkutan mega seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura serta sistem rel baharu seperti Aliran Transit Automasi (ART) atau Transit Aliran Ringan (LRT).
Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,Pengangkutan,Infrastruktur,dan Komunikasi Johor,Mohamad Fazli Mohamad Salleh menegaskan kerajaan negeri komited untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam,termasuk penggunaan teknologi pengecaman wajah di CIQ bagi melancarkan pergerakan penumpang.
Projek Rapid Transit System Link (RTS Link),yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura,dijangka siap pada 2026 dan mula beroperasi pada 2027 dengan kapasiti 10,000 penumpang sejam.
Selain itu,laluan ART baharu turut dirancang bagi menyokong pergerakan antara SFZ dan JS-SEZ.
Dengan pelbagai inisiatif tersebut,Forest City dijangka bukan sahaja menjadi pusat pengangkutan utama tetapi juga menarik pelaburan baharu,sekali gus membantu Johor mencapai status negeri maju menjelang 2030.
Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu - Pakar
Agrobank sumbang zakat RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan
Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy langkah wajar – Penganalisis
Ringgit dijangka bertahan berbanding dolar AS minggu hadapan
Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy pelaburan strategik
Restoran hidang makanan kepada warga asing Islam di siang hari Ramadan diserbu
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur