2025-03-17 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,16 Mac - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.
KTMB menerusi kenyataan memaklumkan sejumlah 1,920 tiket bagi empat perkhidmatan akan dijual bermula 8 pagi esok melibatkan laluan KL Sentral hingga Padang Besar,Perlis dengan tambang sehala pada RM70 dengan pilihan koc tempat duduk superior.
“Perkhidmatan tren khas ini disediakan sebagai alternatif pengangkutan sempena Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung atau bercuti. Ini memberikan pilihan perjalanan yang lebih selesa dan lancar berbanding jalan darat,yang lazimnya mengalami kesesakan tinggi pada musim perayaan.
“KTMB kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan kereta api yang bukan sahaja selamat,tetapi selesa,khususnya untuk warga emas dan kanak-kanak bagi perjalanan jarak jauh,” menurut kenyataan itu.
Tren dari KL Sentral dijadualkan bertolak pukul 10.30 malam pada 27 Mac dan 3 April,serta tiba di Padang Besar pada 7.22 pagi seterusnya,manakala perjalanan pulang dari Padang Besar dijadualkan pukul 10.30 malam pada 28 Mac dan 4 April untuk tiba di KL Sentral pada 7.10 pagi.
KTMB memaklumkan bahawa tren itu juga akan berhenti di stesen-stesen utama seperti Tanjung Malim,Ipoh,Kuala Kangsar dan Taiping di Perak,Sungai Petani dan Alor Setar di Kedah serta Arau,Perlis.
Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS),laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB.
Untuk pertanyaan lanjut,orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur