2025-03-17 HaiPress

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin / Foto Bernama
KOTA BELUD,16 Mac – Dasar Industri Pertahanan Negara yang dibangunkan secara komprehensif kini berada di peringkat akhir sebelum dijadualkan dilancarkan pada Mei depan.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dasar itu akan dibawa ke Majlis Industri Pertahanan Negara untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum dibentangkan di peringkat kabinet.
Beliau menjelaskan,dasar tersebut dirangka bagi memperkasa sektor pertahanan negara dengan mengurangkan kebergantungan terhadap pembekalan aset dari luar negara.
“Ini termasuk usaha memperkukuh ekosistem industri pertahanan tempatan,memperkasakan STRIDE sebagai badan penyelidikan dalam Kementerian Pertahanan,serta memastikan pemindahan teknologi dalam setiap perolehan yang dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise,di sini.
Dalam perkembangan lain,Mohamed Khaled memaklumkan Kementerian Pertahanan memperuntukkan sejumlah RM2.2 bilion bagi memperkukuh sektor pertahanan,termasuk meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pembinaan dan penyelenggaraan pos sempadan di Sabah.
Daripada jumlah itu,RM500 juta diperuntukkan untuk projek di Kem Paradise,manakala RM95 juta bagi pembinaan Kem 22 Rejimen Artileri di Kota Belud.
“Kita juga sedang dalam proses perolehan bagi pembinaan rumah kakitangan Angkatan Tentera untuk 5 Briged dan 19 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Paradise dengan kos sebanyak RM298 juta.
"Selain itu,pembinaan Kem 5 Briged dan Kem 19 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kota Belud menelan kos sekitar RM200 juta,menjadikan keseluruhan projek di Kem Paradise bernilai hampir RM600 juta,” katanya.
Pada majlis itu,Mohamed Khaled turut menyampaikan mock cek berjumlah RM4.676 juta bagi penyelenggaraan Kem Paradise Kota Belud.
Beliau juga menyampaikan sumbangan kebajikan RM500 secara sekali bayar kepada 20 pesakit kronik terdiri daripada anggota serta ahli keluarga warga Kem Paradise.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur