2025-03-17 HaiPress

Exco Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi
KUALA LUMPUR,17 Mac- Seramai 30 usahawan Selangor daripada 180 vendor akan memperkenal dan menjual produk-produk untuk persiapan Aidilfitri di Festival Raya 108 jam Tanpa Henti di Pusat Konvensyen Setia City,Shah Alam bermula Jumaat ini hingga 25 Mac depan.
Exco Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata penganjuran Festival Raya Selangor Havoc 2025 yang julung kali diadakan ini dijangka dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari,Jumaat ini.
Katanya,penganjuran festival ini juga dilihat dapat menarik pelancong dari luar untuk ke negeri ini sempena Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.
"Memang kita melaksanakan program ini sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung daripada luar Selangor ke Selangor dan kita juga turut mendapat sokongan daripada Tourism Selangor.
"Saya harapkan program ini dapat meninggalkan dan memberikan impak yang baik kepada ekosistem keusahawanan negeri Selangor dan pada masa sama menguar-uarkan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongankhususnya mereka yang hendak membeli-belah",katanya.
Beliau berkata demikian selepas temu bual dalam program “Kita Selangor” di Konti Selangorfm.
Festival yang mendapat sokongan Unit Perancangan Ekonomi Negeri ini juga turut diselitkan program kerohanian seperti qiamullail,selawat dan qasidah selain menyediakan bilik khas untuk solat Tarawih.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur