2025-03-17 HaiPress

Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi diberi taklimat berhubung Projek ETS Gemas-JB ketika lawatannya di Stesen KTM Layang-Layang,baru-baru ini/Foto FB MB
JOHOR BAHRU,17 Mac- Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi Projek Landasan Berkembar Gemas - Johor Bahru akan menjadi lonjakan besar dalam sistem pengangkutan rel negara.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam kenyataan berkata,ia juga akan melengkapkan jaringan Landasan Berkembar Elektrik di Pantai Barat Semenanjung Malaysia,menghubungkan Johor Bahru,Johor ke Padang Besar,Perlis.
Di Johor,perkhidmatan ETS bagi Stesen Segamat telah bermula pada Sabtu lalu,manakala stesen Labis pada April,stesen Kluang pada Mei,dan Johor Bahru pada September.
Perkhidmatan ETS Gemas - Johor Bahru dijangka beroperasi penuh menjelang September,memendekkan perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral ke Johor Bahru Sentral dalam 3 jam 30 minit.
Perkhidmatan tren ETS menawarkan kelajuan sehingga 160 kilometer per jam,dengan 22 perjalanan sehari dan 346 tempat duduk setiap tren.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur