2025-03-17 HaiPress

Ex Kurung,latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan oleh pasukan 69 Komando di Politeknik Ungku Omar
IPOH,17 Mac- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengesahkan kejadian serangan kumpulan bersenjata di Politeknik Ungku Omar (PUO) yang menjadikan seorang pensyarah dan beberapa pelajar sebagai tebusan.
Insiden itu bagaimanapun merupakan senario latihan dikendalikan pasukan 69 Komando dikenali sebagai Ex Kurung.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,latihan skala kecil ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan agensi terlibat.
“Ia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),PUO dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam mengurus dan mengendalikan krisis keganasan seperti mana digariskan dalam arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.18”
“Jumlah petugas PDRM yang ramai,kenderaan pasukan keselamatan dan kesihatan serta pesawat helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) di kawasan politeknik adalah sebahagian latihan Ex Kurung”,katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya lagi,latihan seumpama ini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan kejadian dan latihan ini.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur