2025-03-17 HaiPress

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid
JOHOR BAHRU,17 Mac - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu sebuah restoran berhampiran sebuah pasar borong di sini,dipercayai menghidangkan makanan kepada warga asing beragama Islam secara terbuka ketika tempoh berpuasa.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata,ketika serbuan,kira-kira 20 warga asing dipercayai sedang menjamu makanan yang disediakan di premis itu.
Sabit kesalahan,mereka boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara hingga enam bulan,mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
Pihaknya sedang mengesan warga tempatan yang memiliki premis makanan itu,untuk disiasat. Bagaimanapun,tiada umat Islam warga tempatan dikesan,melakukan kesalahan itu semasa operasi dijalankan di tiga premis.
"Kita pada peringkat awalnya sudah gembira,dua lokasi nampaknya tiada tiada tangkapan,tetapi nampaknya malangnya saya menyebut lokasi ketiga ini kita menjumpai agak ramai ya jumlahnya,orang makan di tempat yang terbuka ini,kedai makan,sama ada mereka warga asing atau tidak,selama mereka beragama Islam,enakmen kita mewajarkan tindakan siasatan dan perundangan dikenakan keatas mereka," kata Mohd Fared.
Hingga kini,JAINJ telah menjalankan 16 operasi di premis-premis makanan,bagi mengesan pesalah yang tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.
Sementara itu,umat Islam di Johor diseru agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya mengesan sebarang kesalahan yang I tidak menghormati kesucian Bulan Ramadan.
Mereka perlu melaporkan kepada JAINJ bagi membolehkan siasatan terperinci dan telus,dijalankan.
"Nasihat saya kepada semua pihak,untuk mencegah kemungkaran memang bagus tetapi perlu siasat dahulu," katanya lagi.
Beliau mengulas susulan insiden lelaki didakwa memukul seorang lelaki bukan beragama Islam di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru,kerana makan secara terbuka di tempat awam.
Menurut beliau,tindakan lelaki tersebut menyalahi undang- undang dan hukum syarak. Beliau berharap insiden seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur