2025-03-17 HaiPress

Sapura Energy
KUALA LUMPUR,15 Mac – Suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd bukan sekadar bantuan kewangan,tetapi merupakan pelaburan strategik yang berpotensi memberi pulangan kepada kerajaan dan negara,menurut Profesor Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Beliau yang juga Pengarah Program MBA,Putra Business School menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat dengan mengambil kira prospek syarikat dalam industri minyak dan gas.
Menurut beliau,ini khususnya dalam memastikan daya saing pemain tempatan terus dikekalkan dalam sektor tersebut.
"Suntikan dana ini bukan hanya untuk memastikan Sapura Energy dapat meneruskan kelangsungan perniagaannya,tetapi juga mengekalkan kehadiran pemain tempatan dalam industri minyak dan gas.
"Ini penting kerana sektor ini masih mempunyai prospek positif apabila harga minyak kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong," katanya ketika dihubungi Berita RTM hari ini.
Menurutnya,kerajaan tidak akan melabur sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira potensi pulangan jangka panjang.
Dengan strategi yang tepat,Sapura Energy berpeluang untuk kembali pulih dan menjadi satu aset pelaburan yang menguntungkan kepada kerajaan serta negara.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur