2025-03-17 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,17 Mac- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.42 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.07 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3.0 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM2.4 bilion untuk 31 hari.
BNM turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2.0 bilion untuk dua hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.
Selain itu,ia mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.0 bilion.- BERNAMA
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS ketika perdagangan AS-China tegang
Industri reka bentuk pemacu ekonomi kreatif ASEAN
Niaga hadapan KLIBOR tidak diniagakan pada sesi awal
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur