2025-03-17 HaiPress

Keputusan kerajaan untuk menyuntik RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad disifatkan sebagai langkah wajar bagi memastikan kelangsungan lebih 2,000 vendor tempatan / Foto Fail
KUALA LUMPUR,16 Mac – Keputusan kerajaan untuk menyuntik RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad disifatkan sebagai langkah wajar bagi memastikan kelangsungan lebih 2,000 vendor tempatan.
Penganalisis ekonomi,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata langkah itu memberi nafas baharu kepada vendor terbabit,dengan 80 peratus daripadanya terdiri daripada syarikat Bumiputera yang berdepan risiko muflis.
“Industri minyak dan gas negara banyak disokong oleh perniagaan mikro,kecil dan sederhana,terutamanya vendor-vendor ini. Suntikan dana mampu membetulkan struktur syarikat serta mengoptimumkan kembali perjalanan operasi,” katanya ketika dihubungi RTM.
Menurutnya,dana yang mencukupi bukan sahaja membolehkan Sapura Energy melakukan penambahbaikan dan meneruskan operasi,tetapi juga memastikan kestabilan industri minyak dan gas negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur