2025-03-17 IDOPRESS
Foto RTM
KUALA LUMPUR,16 Mac - Seramai 45,000 pengunjung disasarkan menghadiri program Iftar @ KL untuk edisi ke-13 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama empat hari pada 15,16,22 dan 23 Mac ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris berkata,objektif penganjuran program itu adalah meraikan warga kota termasuk pelancong asing untuk merasai dan menikmati budaya serta suasana berbuka puasa di Dataran Merdeka.
"Kita ada empat hari iaitu pada 15,22 dan 23 dan sasaran kami pada tahun ini lebih kurang 40,000 ke 45,000 untuk empat-empat hari terlibat. Jadi kalau kita lihat hari ini memang dipenuhi dengan lautan manusia yang berada di Jalan Raja dan di atas padang Dataran Merdeka.
"Kita harap untuk dua hari lagi pada 22 dan 23 akan disambut juga dengan kehadiran warga kota yang ramai,pengunjung-pengunjung dan pelancong asing yang datang yang sama-sama untuk merasai bagaimana pengalaman berbuka puasa di Dataran Merdeka dan di Malaysia itu sendiri," kata Mohd Amran kepada pemberita.
Tambah beliau,JKKN akan berusaha menambah baik dan meningkatkan kemudahan logistik seperti penyediaan khemah serta surau untuk keselesaan pengunjung pada penganjuran akan datang.
Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi lemah Wall Street
Inflasi Malaysia naik sederhana kepada 1.4 peratus pada April 2025
Ekonomi Singapura kukuh awal tahun, namun perang dagang kekal ancaman
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, penurunan mata wang AS
IP Mac 2025 catat kenaikan, petanda pemulihan ekonomi Malaysia
Pertumbuhan sektor aeroangkasa, MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur