2025-03-17 IDOPRESS

Foto hiasan
PETALING JAYA,17 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 10.00 pagi ini.
Menurut METMalaysia kawasan terlibat di Selangor ialah Klang,Kuala Langat dan Sepang,Negeri Sembilan (Port Dickson) dan seluruh negeri Melaka.
Amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak seperti Kuching,Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah,manakala di negeri Sabah melibatkan pedalaman (Kuala Penyu),Tawau (Kunak,Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur