2025-03-17 IDOPRESS

Dua premis perniagaan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Changlun,Jitra,musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi / Foto RTM
JITRA,16 Mac – Dua premis perniagaan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Changlun,di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah,PgKB II Abd Fataf Amdan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada pukul 9.13 malam.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan Kuala Nerang bersama Pasukan Bomba Sukarela berdekatan segera dikejarkan ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.
“Sebaik tiba,kebakaran melibatkan dua premis jenis bangunan kekal. Pasukan bomba menggunakan dua aliran dan tiga pancutan bagi memadam kebakaran. Api berjaya dikawal pada pukul 9.35 malam,” katanya menerusi kenyataan.
Kebakaran tersebut mengakibatkan 90 peratus struktur bangunan kedua-dua premis musnah. Bagaimanapun,tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur