2025-03-17 IDOPRESS

Foto UUM
KUALA NERANG,17 Mac- Program Jejak Ramadan UUM terus memperkukuh peranannya dalam membantu golongan yang memerlukan menerusi sumbangan disampaikan dalam satu majlis di Masjid Kampung Padang Setol,Mukim Pedu,di sini.
Program ini merupakan sebahagian daripada Advokasi Kepenggunaan MADANI sempena Hari Pengguna Sedunia 2025,yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah.
Ia turut mendapat kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial universiti.
Majlis sumbangan tersebut disempurnakan Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid yang juga Pengerusi Yayasan Kemiskinan Darul Aman,dengan kehadiran Pengarah KPDN Negeri Kedah,Muhammad Nizam Jamaludin serta pegawai-pegawai agensi berkaitan.
Seramai 24 orang pelajar UUM yang layak menerima bantuan daripada Projek Jejak Ramadan UUM yang bertujuan untuk membantu mahasiswa sepanjang bulan Ramadan.
Naib Canselor UUM,Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan berkata,Program Jejak Ramadan UUM sebelum ini sudah menjelajah beberapa kawasan di Kedah termasuk Sik untuk memberi sumbangan kepada pelajar UUM dari keluarga B40.
"UUM sangat prihatin dengan pelajarnya terutama dalam kumpulan keluarga B40 dan pelbagai insentif telah diberikan.
"Kita mengharapkan pelajar UUM di sekitar Kedah termasuk di Kuala Nerang dapat bersama-sama melaksanakan puasa bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri dengan ceria," katanya yang turut disertai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed.
Majlis Perwakilan Pelajar UUM (MPP UUM) membantu menjayakan majlis berkenaan,selain turut mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Kuala Nerang sebagai salah satu usaha merapatkan hubungan antara universiti dan komuniti.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur