2025-03-17 IDOPRESS

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Mac- Insiden seorang lelaki bukan Islam ditampar oleh seorang individu ketika sedang makan di sebuah pusat beli-belah di Johor adalah satu provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara yang berbilang kaum.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.
Beliau turut mengutuk keras sebarang bentuk keganasan,diskriminasi dan sikap prejudis yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum.
"Saya berharap agar semua rakyat Malaysia beradab dalam berinteraksi antara rakyat Malaysia,yang seharusnya sentiasa saling menghormati budaya dan mengamalkan nilai Faham,Hormat & Terima",katanya menerusi platform X.
Beliau berkata isu-isu yang menyentuh soal perpaduan tidak boleh dipandang remeh.
"Kita tidak boleh membiarkan sebarang insiden yang boleh meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia.
"Negara ini hanya akan maju jika kita bersatu,saling menghormati,dan hidup dalam keadaan aman tanpa sebarang bentuk ketegangan kaum atau agama.
Mangsa dikenali sebagai Elijah telah membuat laporan di Balai Polis Tampoi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Aaron turut menyeru semua pihak memberi kerjasama dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur