2025-03-17 IDOPRESS

Timbalan Pengarah Kanan Pembangunan Modal Insan JPA,Yusri Razalli
KUALA LUMPUR,17 Mac- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyasarkan seramai 10,000 pelajar tajaan bagi Program Dermasiswa B40 (DB40) tahun ini.
Program dilaksanakan untuk membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di universiti awam (UA) dan politeknik.
Timbalan Pengarah Kanan Pembangunan Modal Insan JPA,Yusri Razalli berkata inisiatif tersebut membantu pelajar yang layak melanjutkan pelajaran tanpa beban kewangan semasa tempoh pengajian.
"Inilah salah satu ruang untuk pelajar-pelajar dalam kelompok B40 yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang tinggi tanpa ada halangan kewangan.
"Kita harapkan mereka dapat memberikan dan menunjukkan potensi mereka yang baik dan seterusnya menyumbangkan kembali kepada negara dalam bentuk melahirkan tenaga pakar",katanya.
Dalam pada itu,JPA turut menyasarkan 10,000 slot tajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
Fokus utama program ini adalah memberi akses pendidikan kepada para pelajar di peringkat tertinggi dalam negara serta menyokong agenda pembangunan modal insan negara.
Tambah Yusri,tajaan JPA merupakan peluang mencorakkan masa depan,membentuk potensi diri menjadi pemimpin pelapis masa depan.
Beliau ditemui pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri,Kota Media.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur