2025-03-17 IDOPRESS

Foto fail
KOTA BHARU,17 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan perantau akan memasuki negeri itu sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata,ia melibatkan tiga laluan masuk utama ke negeri itu iaitu Pasir Puteh,Gua Musang dan Jeli.
Beliau ketika dihubungi RTM berkata,trafik dijangka akan mulai sesak di semua laluan secara berperingkat bermula 27 Mac membabitkan negeri berhampiran dan kemuncaknya pada 28 Mac.
"Trend kemasukan kenderaan yang banyak ke negeri itu bukan situasi baru malah sering kali berlaku setiap kali menjelang Aidilfitri.
"Bersempena operasi Khas Aidilfitri,pihaknya telah memulakan operasi di terminal dan depo bas bagi pemeriksaan bas dan pemandu hari ini," kata Mohd Misuari.
Manakala,operasi jalan raya pula akan dimulakan pada 24 Mac hingga 8 April nanti melibatkan seramai 187 pegawai dan anggota penguatkuasa bagi memastikan kelancaran pergerakan sempena musim perayaan selain meneliti aspek pematuhan undang-undang jalan raya.
Mohd Misuari turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur