2025-03-17 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,16 Mac- Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43 hingga 4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu hadapan ekoran sentimen pelabur yang berhati-hati.
Ini sekali gus mengukuhkan permintaan terhadap dolar sebagai mata wang pelaburan selamat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata arah aliran seterusnya dalam pasaran mata wang bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang bakal diadakan pada 18 hingga 19 Mac ini.
Meskipun,rata-rata ahli ekonomi mengunjurkan tiada perubahan pada Kadar Faedah Persekutuan Amerika Syarikat,unjuran suku tahunan kakitangan Rizab Persekutuan akan dipantau dengan teliti oleh para peniaga dan pelabur.
Ujarnya,unjuran itu amat penting terutamanya apabila kebanyakan bank pelaburan utama menjangkakan mengenai kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat.
Selain itu,kedua-dua Bank of Japan dan Sveriges Riksbank,Sweden dijangka mengadakan mesyuarat dasar monetari mereka minggu hadapan.
Kedua-dua bank pusat itu dijangka mengekalkan kadar dasar mereka,masing-masing pada 0.50 peratus dan 2.25 peratus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur