2025-03-18 HaiPress

FOTO METMALAYSIA
KUALA LUMPUR,18 Mac- Beberapa negeri di Malaysia mengalami gegaran susulan gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala richter yang melanda luar Pantai Barat Sumatera Utara pada pukul 6.22 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),gegaran dirasai di Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Kuala Lumpur,Putrajaya,Negeri Sembilan,Melaka dan Johor.
Gempa itu berpusat di koordinat 1.8° utara dan 99.2° timur dengan kedalaman 10 kilometer,kira-kira 41 kilometer ke timur dari Sibolga,Indonesia.
METMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur