2025-03-18 HaiPress

Khalid Mohamed (tiga kiri) pada Program My Save Food Negeri Melaka di Bazar Ramadan MITC semalam/RTM
AYER KEROH,18 Mac- Sebanyak 9.2 tan lebihan makanan di 99 Bazar Ramadan yang masih selamat dimakan dari enam negeri berjaya dikumpul dan diagihkan kepada golongan memerlukan setakat 12 Mac lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi projek My Save Food @Ramadan SWCorp bagi mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan.
"Tahun lepas,sebanyak 60.7 tan lebihan makanan dengan nilai RM700,026 berjaya dikumpul daripada 149 Bazar Ramadan di negeri-negeri bawah konsesi SWCorp. Tahun ini,kami menjangkakan jumlah yang hampir sama," katanya.
Beliau berkata demikian selepas program My Save Foodnegeri Melaka di Bazar Ramadan MITC di sini semalam.
Di Melaka,SWCorp berjaya mengumpul 4.8 tan lebihan makanan di empat Bazar Ramadan iaitu Bazar Ramadan MITC,Bazar Ramadan Peringgit,Bazar Ramadan Jasin Bistari dan Bazar Ramadan Pasar Menggong,Alor Gajah.
Usaha berkenaan diharap dapat membantu mengurangkan pembaziran serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur