2025-03-18 HaiPress

Seorang pemandu lori berusia lingkungan 40an dan lelakinya berusia 20an yang juga kelindan ditemui rentung di bahagian hadapan kepala lori yang terbakar selepas kemalangan/Foto Polis
IPOH,18 Mac – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer 332.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara,pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tapah,DSP Mohd Fadzil Ismail berkata,siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler bermuatan pasir melanggar bahagian belakang treler bermuatan kapas yang berhenti di lorong kecemasan susur masuk kawasan rehat dan rawat lebuh raya tersebut.
“Akibat perlanggaran itu,pemandu dan kelindan treler membawa pasir,masing-masing berusia 45 dan 23 tahun,disahkan maut di lokasi kejadian. Manakala,pemandu treler kapas berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah,Mohd Zulhafiz Zainuddin di talian 017-4006662 bagi membantu siasatan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur