2025-03-18 HaiPress

Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan Hadis,Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya,Dr. Norazam Khair Mohd Ithnin
KUALA LUMPUR,18 Mac – Penggunaan teknologi dalam mengesahkan hadis dan hukum-hakam Islam perlu dilakukan dengan bijaksana serta berpandukan rujukan daripada ulama yang berautoriti,terutama dalam era digital yang semakin berkembang pesat.
Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan Hadis,Dr. Norazam Khair Mohd Ithnin berkata,teknologi seharusnya menjadi alat bantu dan bukannya penghalang dalam memahami Al-Quran dengan lebih mendalam.
"Penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan pencarian web dapat membantu memudahkan umat Islam dalam membaca serta memahami al-Quran," katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media hari ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa al-Quran mengandungi empat kategori utama,iaitu untuk semua manusia,khusus untuk umat Islam,bagi kefahaman ulama sahaja,dan yang hanya difahami oleh Allah serta Rasul-Nya.
"Bagi saya,teknologi boleh dimanfaatkan untuk memahami al-Quran kerana kitab suci ini diturunkan kepada semua manusia. Oleh itu,manusia boleh memahami bahagian-bahagian tertentu dengan bantuan teknologi," katanya lagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur