2025-03-18 HaiPress

Jalan Keningau-Kimanis di Kilometer 11.2 dan 14.3 akan dibuka dalam tempoh tiga hari lagi/Foto Iswadiman Sham
KENINGAU,18 Mac – Jalan Keningau-Kimanis di Kilometer 11.2 dan 14.3 yang ditutup sepenuhnya akibat kejadian tanah runtuh pada 4 dan 8 Mac lalu dijangka dibuka semula kepada pengguna dalam tempoh tiga hari lagi.
Menteri Kerja Raya,Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata,kerja-kerja pembersihan jalan serta pembaikan cerun runtuh di lokasi berkenaan kini hampir siap sepenuhnya.
Bagaimanapun,menurut beliau,laluan itu akan dibuka tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.
"Saya berpuas hati dengan prestasi kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dalam memastikan jalan ini dapat dibuka dengan selamat kepada pengguna," katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja pembersihan jalan dan pembaikan cerun runtuh di Jalan Kimanis-Keningau hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa penghadang jalan akan dipasang bagi memastikan aspek keselamatan di laluan berkenaan terjamin sebelum ia dibuka kepada pengguna.
Selain itu,sebuah jalan sementara yang telah siap dibina di Kilometer 14 kini telah dibuka kepada pengguna,namun hanya sesuai untuk kenderaan ringan.
Untuk rekod,Jalan Keningau-Kimanis di Kilometer 11.2 ditutup sepenuhnya sejak 8 Mac lalu.
Manakala laluan di Kilometer 14.3 telah ditutup sejak 4 Mac selepas runtuhan cerun menyebabkan jalan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur