2025-03-18 HaiPress

Foto RTM
KUALA KETIL,18 Mac - Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menyerahkan fidyah berjumlah RM296,000 kepada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) danakan disalurkan kepada golongan yang memerlukan khususnya dalam kalangan pelajar UniSHAMS.
Majlis Penyampaian Fidyah 1446 Hijriah bersamaan 2025 Masihi diadakan di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah,UniSHAMS di Kuala Ketil,Baling,Kedah.
Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin perkenan berangkat menyempurnakan penyerahan Mock Cheque Fidyah kepada Naib Canselor UniSHAMS,Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif.
Tengku Sarafudin Badlishah turut perkenan menyerahkan wakalah zakat kepada pelajar dan menerima sumbangan Ihya Ramadan daripada Kumpulan Aafiyat Holding Sdn. Bhd.
Terdahulu,baginda turut mendengar Ceramah Nuzul Quran bertajuk "Al-Quran: Kemukjizatan Yang Kekal" yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam UniSHAMS,Dr. Hazli bin Ismail.
Sementara itu,dalam ucapannya Dr. Mohd Amy menzahirkan penghargaan kepada MAIK serta semua pihak yang telah menjayakan Program Bantuan Tajaan Makanan Pelajar UniSHAMS 2025.
Beliau turut menyatakan bahawa program itu bukan sekadar penyampaian bantuan,tetapi juga usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan berzakat dan keprihatinan sosial.
Dengan penganjuran program sebegini,UniSHAMS berharap lebih ramai pihak tampil mengimarahkan amalan fidyah dan zakat,sekali gus membantu mereka yang memerlukan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur