2025-03-18 IDOPRESS

Mesyuarat Majlis Kekebalan Negara Asing Bilangan 1 Tahun 2025,yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,17 Mac – Pelaksanaan Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 (Akta 853) menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Majlis Kekebalan Negara Asing Bilangan 1 Tahun 2025,Datuk Seri Anwar Ibrahim,hari ini.
Mesyuarat ini merupakan yang pertama sejak akta tersebut dikuatkuasakan pada 30 Ogos 2024,dengan fokus utama memberi penerangan mengenai fungsi,kuasa serta keanggotaan majlis,selain membincangkan proses permohonan kekebalan di bawah peruntukan akta berkenaan.
Menurut Datuk Seri Anwar,penguatkuasaan Akta 853 penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara lain,selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan negara.
"Pelaksanaan akta ini bukan sahaja memastikan Malaysia terus berdaya saing di peringkat global,malah ia juga dapat meningkatkan ekonomi negara serta memberi jaminan kepada pelabur terhadap sistem perundangan yang melindungi kepentingan mereka," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa akta tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif reformasi institusi negara,di mana Malaysia menerima pakai undang-undang adat antarabangsa (customary international law) yang memperuntukkan sesebuah negara dilindungi daripada tindakan dan prosiding di mahkamah negara asing.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur